POLISI KESELAMATAN SIBER (PKS) JPPM

Polisi Keselamatan Siber (PKS) JPPM mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam menggunakan aset Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Polisi ini juga menerangkan kepada semua pengguna mengenai tanggungjawab dan peranan mereka dalam melindungi aset ICT JPPM.

AKUAN PEMATUHAN POLISI KESELAMATAN SIBER JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA

Adalah dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa:

  Saya telah membaca, memahami dan akur akan peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam Polisi Keselamatan Siber (PKS) JPPM; dan
  Jika saya ingkar kepada peruntukan-peruntukan yang ditetapkan, maka tindakan sewajarnya boleh diambil ke atas diri saya.
Hakcipta Terpelihara © 2022 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)